7 KEUNIKAN SERUNDING SAMBLADO

ok hari ni kak cah nak cerita..apa uniknya serunding samblado ni..

apa bezanya serunding samblado..

1. Mempunyai Persijilan Halal

Alhamdulillah serunding samblado telah memiliki persijilan halal dari jakim sejak 2015 lagi dan sehingga

tahun  ini, 2021, samblado telah memegang persijilan halal selama 6 tahun.

2.  Mempunyai Persijilan Mesti

Alhamdulillah serunding samblado juga mempunyai persijilan Mesti dari Kementerian Kesihatan

Malaysia dan kami sentiasa dipantau oleh pegawai bahgian perkhidmatan makanan KKM

3. Serunding Dengan Pelbagai Perisa

Alhamdulillah..untuk serunding samblado..kami ada pelbagai jenis serunding yang istimewa..

Ada serunding:

Ada 7 flavour yang diperkenalkan:

🐂 daging

🐂🌶️ daging pedas

🐓 ayam

🐓🌶️ ayam pedas

🐟  ikan bilis

Dan samblado ada Serunding Special:

🐐 kambing

🐂🌶️ 🌶️🌶️ extra pedas

4. Serunding Dalam Packaging Travel Pack

Serunding samblado juga disediakan dalam pembungkusan mesra travel, dengan berat 20gram.

Dimana samblado lovers tidak perlu lagi susah payah sediakan bekas simpanan serunding kerana

portion 20 gram ini ( lebih kurang 5 sudu makan) adalah amat sesuai untuk sekali makan.

5. Pilihan Serunding Pedas

Alhamdulillah, setakat ini samblado lovers memang mencari serunding pedas. Samblado juga

keluarkan serunding yang ada 3 tahap kepedasan..iaitu yang pedas biasa, medium dan extra pedas.

Serunding pedas ini kami menggunakan cili padi untuk tambhan kepada cili kering didalam ramuan

serunding. Wow..memang terangkat habis.

6. Serunding Tanpa Pewarna dan Tanpa Bahan Pengawet

Serunding samblado mempunyai ketahanan  product selama 6 bulan tanpa menggunakan bahan

pengawet makanan.  Serunding samblado dapat bertahan lama dengan proses memasak yang betul

sehingga mengambil masa 7 hingga 8 jam untuk betul-betul kering dan dapat helaian serunding yang

halus dan tidak bergumpal. Selain itu, samblado juga membawa satu inovasi pembungkusan dengan

menggunakan pembungkusan yang fully printed tanpa ada nampak window. Pembungkusan ini memberi

kesan yang baik untuk ketahanan product beraroma seperti serunding ini. Disamping itu, serunding

samblado juga tidak menggunakan sebarang pewarna untuk menjaga keselamatan makanan dan hasrat

kami untuk menyediakan makanan yang sihat untuk pengguna.

7. Serunding Tanpa Minyak

Dalam ramuan serunding samblado kami tidak menggunakan minyak masak untuk mengurangkan kadar

kalesterol yang akan terhasil dari minyak masak  sebab niat kami untuk menyediakan makanan yang

sihat untuk pengguna.