Berapa Lama Ketahanan Serunding Kelantan?
Baiklah adik-adik..hari ni kak cah nak share satu soalan yang selalu ditanya oleh pelanggan serunding samblado.
Ketahanan serunding sangat bergantung kepada cara penghasilan serunding tu sendiri , , cara penghantaran ,cara simpanannya dan cara pembungkusannya.
Cara penghasilan serunding ni sangat mempengaruhi ketahanannya kerana apabila serunding tidak cukup kering, serunding akan cepat rosak..apabila serunding tidak cukup halus dan banyak bergumpal-gumpal dagingnya..Ini juga akan menyebabkan serunding tidak tahan lama.
Memang tidak dinafikan serunding yang basah ni lebih menyelerakan tapi kalau kita nak makan sendiri..serunding tu kena disimpan dalam peti ais..Tak boleh dibiarkan diluar sahaja.
Seperti serunding samblado contohnya, kami tidak menggunakan sebarang bahan pengawet. Jadinya, kami akan masak serunding samblado ni sehingga betul-betul kering dan halus untuk menjaga ketahanan serunding ni antara 8 bulan ke setahun walaupun berada disuhu bilik biasa.
Satu perkara lagi yang mempengaruhi Ketahanan serunding adalah cara simpanan serunding dan cara penghantaran serunding.
Dalam proses penghantaran, serunding perlu dipastikan tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus untuk mengelakkan terhasilnya wap air didalam pembungkusan serunding yang akan menyebabkan serunding jadi rosak.
Dan perkara terakhir yang perlu ditiktik beratkan oleh pengusaha serunding adalah berkenaan cara pembungkusan serunding.
Sebaiknya serunding perlu dibungkus dalam pembungkusan yang bertutup tanpa menampakkan isi dalam serunding. Material terbaik adalah menggunakan aluminium foil yang akan menyebabkan serunding kita kekal aromanya dan rasanya seperti baru dimasak..
Dapat sesuatu adik-adik..
Kongsikan info Ini kepada kawan-kawan supaya kita boleh sebarkan info bermanfaat Ini kepada ramai orang.
#samblado
#serundinghalal
#serundingtravel
Leave A Comment