INI BARU BETUL SERUNDING PEDAS
TIP SERUNDING SAMBLADO
[ INI BARU BETUL SERUNDING PEDAS]
Alhamdulillah..Setakat ini memang pelanggan cari samblado untuk rasa serunding pedas. Kak cah nak cerita sikit mengenai rasa pedas Samblado ni.. Boleh boleh?
Sebelum itu, jemput like Facebook Page Serunding Samblado Malaysia. Kalau dah like jom kita teruskan dengan perkongsian Kak Chah dalam artikel kali ni.
Sokongan anda kepada Samblado sangatlah Kak Chah hargai. ianya juga sebagai pembakar semangat untuk Kak Chah dan Team Samblado untuk memberikan yang terbaik untuk anda.
Berbanyak-banyak terima kasih sekali lagi kamiucapkan kepada anda atas sokongan yang anda berikan.
Kak Chah nak tanya sikit kepada anda yang tengah baca artikel ni, pernah tak anda rasa serunding yang betul-betul pedas?
Bila makan memang terasa betul-betul pedas! Memang rasa terangkat pedasnya!
Pernah jumpa tak? Susah nak jumpa kan? Kalau jumpa pun, Kak Chah berani jamin anda tak ingat apa jenama dia atau dekat mana anda beli sebelum ni.
Serunding Extra Pedas, Memang Betul-betul Rasa Pedasnya!
Tapi kan, siapa yang dah rasa serunding Samblado Extra Pedas, semua kata serunding ni memang padu kaw-kaw dia punya pedas.
Yang lagi best, bila makan semua kata tak rasa atau tergigit rempah macam makan serunding yang biasa beli dekat pasar biasa.
Memang yang extra pedas ni memang jadi hot selling produk kami di Samblado. Ramai yang dah jatuh cinta bila dah cuba serunding extra pedas kami.
Jom tengok apa kata mereka yang dah cuba serunding extra pedas kami!
Itu baru beberapa testimoni pelanggan kami yang dah cuba serunding extra pedas ni. Semuanya rasa puasa hati dengan rasa dan kualiti yang mereka dapat.
Tapi kan, sebenarnya serunding kami bukanlah extra pedas semata-mata. Itu adalah yang paling banyak dapat permintaan. Yang paling banyak orang beli.
Tapi sebenanrya dekat Samblado ada 7 jenis serunding dengan 3 tahap kepedasan yang berbeza. Dan yang paling orang suka adalah pek travel kami yang mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Pek kecil kami 20g mudah untuk dibawa dan mudah untuk dihabiskan serunding dalam pek travel tersebut.
3 Tahap Kepedasan Serunding Samblado
Secara keseluruhannya, serunding yang Samblado keluarkan ada 3 tahap kepedasan.
- Original
- Pedas
- Extra Pedas
Ok Kak Chah akan terangkan satu per satu tahap-tahap kepedasan serunding keluaran Samblado ni.
Dah excited ke nak tahu ni?
Boleh kita teruskan?
Jom tengok tahap-tahap kepedasan yang ada pada Samblado. Mungkin ada yang kena dengan selera anda! Mana tahu kan?
Original
Ini adalah rasa serunding yang asli. Maksudnya rasa asli serunding asli Kelantan tanpa rasa pedas. Untuk rasa yang original ni kami hanya menggunakan cili kering sahaja sebagai bahan asas. Ini akan memberikan satu rasa serunding asli yang anda boleh nikmati bersama keluarga.
Kami mengekalkan rasa asli ini disebabkan kami nak bawa rasa asli signature Kelantan untuk semua orang rasa. Kami nak orang semua tahu macam mana rasa serunding asli Kelantan yang sebenar. Sebenarnya yang rasa asli ni pun ada banyak permintaan di luar sana.
Lebih-lebih lagi kepada mereka yang gemarkan rasa serunding asli dari Kelantan. Itulah sebabnya kami kekalkan juga original flavour ni. Sebab ada peminatnya yang tersendiri.
Ok, jom kita tengok apa beza yang pedas pulak.
Pedas
Bagi penggemar makanan pedas pula, mereka mahukan serunding yang boleh memberikan rasa pedas apabila mereka memakannya. Flavour pedas ini terhasil daripada permintaan pelanggan Samblado juga. Ada yang request nak satu serunding yang pedas sebab kalau makan yang original flavour kurang kick kata mereka.
Jadi untuk memenuhi permintaan Kak Chah dan Team Samblado buat research tentang rasa pedas ni. Alamdulillah kami berjaya hasilkan satu flavour pedas yang tak menyebabkan rasa serunding asli tadi hilang.
Senang cerita rasa original tapi pedas! Lagi sekali kami bersyukur sebab flavour pedas ni menjadi hot selling item antara ketujuh-tujuh jenis serunding yang ada di Samblado.
Kami bersyukur sangat-sangat sebab ianya mendapat sambutan hangat oleh pelanggan yang gemarkan rasa pedas ini.
Ok ada satu lagi flavour yang menjadi kegilaan Samblado Lovers sebenarnya.
Dah ready nak tahu?
Kalau dah ready jom kita tengok tahap terakhir kepedasan yang ada pada produk Samblado ni.
Extra Pedas

.
Yang ini merupakan satu flavour yang menjadi permintaan yang gila-gila pelanggan kami. Yang ini permintaan yang kami dapat memang tak boleh nak bawa bincang! Tak menang tangan kami dibuatnya.
Jadi apa bezanya dengan yang pedas tadi? Bezanya serunding extra pedas Samblado ni adalah tiga kali ganda lebih pedas daripada serunding yang pedas Samblado yang biasa.
Sebab apa? Sebab kami gunakan 3 kali ganda cili burung daripada serunding pedas yang biasa. Ini menyebabkan rasanya menjadi 3 kali lebih pedas daripada biasa.
Ianya menjadi kegilaan pelanggan kami yang sukakan kepedasan yang extreme. Lagi sedap kalau dimakan dengan nasi yang sedang panas. Ianya akan memberikan rasa pedas yang seimbang apabila digabungkan dengan nasi panas.
Kalau anda belum pernah rasa, boleh try dapatkan Serunding Extra Pedas Samblado ni. Boleh dapatkan daripada Family Samblado yang berdaftar bersama Samblado di sini: Beli melalui Family Samblado
Amacam? Mana satu citarasa anda?
Antara ketiga-tiga ni ada tak yang kena dengan selera anda?
Adakah anda orang yang sukakan original flavour?
Adakah anda orang yang sukakan flavour pedas?
Atau anda adalah seorang yang sukakan pedas yang extreme?
Tepuk dada tanya selera anda sendiri. Sebab Kak Chah tak dapat nak tahu apa selera anda kecuali anda sendiri.
Kak Chah hanya boleh sediakan option untuk anda, dan Samblado ada 3 tahap kepedasan yang boleh anda pilih untuk disesuaikan dengan citarasa dan selera anda.
Anda boleh lihat dan pilih mana-mana 7 jenis serunding yang Samblado tawarkan kepada anda. Pilih flavour yang kena dengan selera dan citarasa anda.
Tapi, Kak Chah nak bagi warning sikit. Kalau dah cuba yang Extra Pedas, memang anda tak akan cari yang lain dah. Itulah yang terjadi pada kebanyakan pelanggan yang dah cuba flavour Extra Pedas Samblado ni.
Ada yang kata Extra Pedas ni berhantu sebab buatkan mereka bertambah-tambah makan bila makan dengan Extra Pedas ni.
Kalau anda tak percaya boleh cuba sendiri dengan hubungi Family Samblado yang terdekat dengan anda melalui page order ini: Hubungi Family Samblado Sekarang!
Rasanya cukuplah apa yang Kak Chah kongsikan dalam artikel kali ini. Kalau ikutkan banyak lagi Kak Chah nak share dalam artikel ni.
Tapi nanti Kak Chah takut terlalu panjang pulak artikel Kak Chah kali ni. So Kak Chah akan simpan content lain untuk artikel lain pulak supaya anda ada masa untuk buat kerja-kerja anda yang lain.
Kak Chah pun tak nak ambil masa anda lama-lama dalam perkongsian Kak Chah dalam artikel kali ini.
Sebelum Kak Chah akhiri artikel Kak Chah kali ini, Kak Chah nak kirimkan doa Kak Chah untuk anda yang baca artikel Kak Chah sampai sini. Kak Chah doakan anda semua sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa bersama keluarga tercinta dan diluaskan rezeki anda tambah-tambah lagi musim-musim pandemik sekarang ni.
Kak Chah juga nak doakan agar anda semua terhindar daripada wabak yang dah bunuh ramai orang sepanjang penularannya.
Kalau anda nak dapatkan Serunding Extra Pedas ni, boleh order melalui Family Samblado yang berhampiran dengan anda.
Kami akan hantarkannya direct ke rumah anda. Anda tak perlu keluar sebab Kak Chah dan Team Samblado akan pastikan tempahan anda tadi sampai dengan selamat ke rumah anda.
Cara ini lebih selamat untuk anda serta kelaurga anda kerana anda tak perlu keluar untuk dapatkannya. order dan tunggu ianya sampai ke rumah anda!
Kalau anda hubungi Family Samblado yang terdekat dengan lokasi anda, mungkin anda akan dapat COD daripada Family Samblado tersebut. Percayalah, kami di Family Samblado sangat komited untuk memastikan setiap produk Samblado sampai dengan selamat kepada anda untuk anda nikmatinya bersama-sama keluarga anda yang tercinta.
Kalau berjauhan, mungkin anda boleh hubungi Family Samblado yang berada berhampiran dengan ahli keluarga anda untuk kami hantarkannya direct kepada keluarga anda. Sampaikan kasih sayang anda dengan Samblado walaupun anda tidak dapat bersua muka dengan mereka.
Eh sampai berjela-jela pulak celoteh Kak Chah dalam artikel ni. Kata dah nak habis…
Maaf lah, ini adalah cara bagaimana Kak Chah lahirkan rasa kasih sayang Kak Chah kepada anda semua. Kalau boleh Kak Chah nak semua orang yang membaca artikel ini mendapat manfaat daripada perkongsian-perkongsian Kak Chah.
Akhir sekali, Kak Chah nak pesan kepada anda supaya nada jaga diri anda di musim pandemik ini. Kita sama-sama jaga diri kita sebab kita kena ingat di belakang kita ada ramai orang yang bergantung harap dengan kita. Cuba fikirkan apa akan terjadi sekiranya apa-apa terjadi kepada kita, dan mereka tak dapat bergantung harap kepada kita lagi.
Jumpa lagi dalam artikel yang akan datang!
Jangan lupa tinggalkan komen anda untuk tunjukan sokongan anda kepada Samblado!
Leave A Comment