SEJARAH SERUNDING

Serunding adalah makanan tradisi yang amat popular dikalangan  masyarakat  Malaysia terutamanya masyarakat melayu.

Pada awalnya serunding dibuat untuk mengelakkan daging yang berlebihan dibuang begitu sahaja terutamanya pada musim hari raya korban.

Bahan-bahan serunding akan dimasak sehingga 8 jam sehingga kering bagi membolehkan serunding disimpan pada masa yang lama  tanpa sebarang bahan pengawet.

Selalunya serunding boleh disimpan selama 6 bulan.

Kini serunding  bukan sahaja boleh dinikmati pada waktu-waktu tertentu, tapi juga boleh dinikmati pada bila-bila masa terutamanya sangat bermanfaat untuk mereka yang melancong ke luar negara.

sejarah serunding ini diabadikan dalam packaging serunding samblado sebagai info yang sangat menarik kepada masyarakat terutamanya untuk generasi muda yang perlu tahu dimana asal-usul makanan serunding ini..