
Serunding Samblado adalah jenama serunding HALAL yang di hasilkan oleh syarikat Anak Cekal International Sdn Bhd (1309228-V). Kesemua produk-produk serunding dihasilkan di kilang yang dimiliki sepenuhnya oleh Anak Cekal International Sdn Bhd yang bertempat di Tanah Merah, Kelantan.
Resipi serunding yang dihasilkan adalah berdasarkan resipi asli serunding negeri kelantan. Serunding yang dihasilkan tidak dicampur dengan bahan-bahan pengawet bagi mengekalkan keaslian dan aroma serta rasa serunding tradisi Kelantan.
Syarikat diasaskan pada 2011 dan semakin berkembang sehingga sekarang. banyak inovasi dan penambahbaikan yang dilakukan pada infrastruktur pemprosesan serta produk.
Sehingga tahun 2020, syarikat ini telah beroperasi selama 9 tahun.
Sejarah Samblado
Perniagaan serunding Samblado bermula di dapur rumah di Kelantan. Pada awalnya serunding Samblado dikenali sebagai Serunding Power. Pada tahun 2011, pemprosesan serunding diproses mengikut permintaan pelanggan yang datang dari kawasan sekitar Tanah Merah. Pada tahun yang sama juga, Serunding Power telah mula dipromosikan melalui di pasar-pasar tani dan pasar malam. Jenama Serunding Power juga telah ditukar kepada satu jenama yang digunakan sehingga sekarang iaitu Samblado.
Berkat usaha dan kesabaran dalam mempromosikan produk serunding Samblado, akhirnya produk serunding Samblado telah dikenali masyarakat setempat. Dengan modal yang ada sebuah kilang pemprosesan serunding sendiri telah dibina. Tidak berhenti di situ sahaja, status HALAL untuk kilang pemprosesan serunding juga dipohon.
Akhirnya, pada tahun 2015 kilang serunding telah berjaya mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM dan Mesti dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan bantuan dari pelbagai agensi kerajaan, sekarang kilang serunding Samblado berupaya untuk mengeluarkan dan memproses serunding pada skala yang besar.

Pencapaian
2013
Pencapaian Yang telah DicapaiPencapaian Tahun 2013
- Johan serunding peringkat negeri kelantan HPPNK negeri kelantan
- Johan serunding peringkat kebangsaan sempena HPPNK
- Pemenang RBC kategori idea perniagaan
- Usahawan terbaik tunas mekar uitm kelantan
- Anugerah usahawan Kelab Generasi Muda Risda
2014
Pencapaian Yang telah DicapaiPencapaian Tahun 2014
- Berpindah ke kilang
- Memohon pengiktirafan HALAL JAKIM
2015
Pencapaian Yang telah DicapaiPencapaian Tahun 2015
- Mendapat pengiktirafan HALAL JAKIM
- Produk terbaik kluster makanan SDSI (Satu Daerah Satu Industri)
- Tempat ketiga HPPNK Negeri Kelantan
- Tempat kedua HPPNK kebangsaan
2016
Pencapaian Yang telah DicapaiPencapaian Tahun 2016
- Johan Serunding peringkat negeri kelantan sempena Hari Peladang Penternak dan nelayan negeri kelantan
- Silver Medal Euroinvent Creativity and Innovation at Iasi Romania (Serunding Daging Habbatussauda)
- Matrade Excellent Award 2016
- Anugerah Inovasi Industrial 2016
- Anugerah E-Usahawan Cemerlang 2015
- Anugerah Usahawan Belia Risda Kelantan 2016
2017
Pencapaian Yang telah DicapaiPencapaian Tahun 2017
- Anugerah Usahawan Tani 2017 peringkat Daerah Tanah Merah
2018
Pencapaian Yang telah DicapaiPencapaian Tahun 2018
- Johan Produk Inovasi sempena Pertandingan Produk Industri Asas Tani Kelantan 2018 (Serunding Belut)
2019
Pencapaian Yang telah DicapaiPencapaian Tahun 2019
- Anugerah Inovasi kategori Industri Asas Tani Peringkat Negeri Kelantan (Serunding Belut)
- Anugerah Signature Product Negeri Kelantan Peringkat Kebangsaan anjuran FAMA
- Naib Johan Anugerah Inovasi Industri kategori Produk Hasilan Ternakan peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (Keropok Serunding)
Samblado Di Televisyen
Rancangan Jurnal Bernama di Bernama News Channel
Samblado telah diberi peluang untuk bersiaran di rancangan Jurnal Bernama di rangkaian Bernama News Channel pada 5 September 2016.
Rancangan Agrotek di TV1
Samblado telah diberi peluang untuk bersiaran di rancangan Agrotek TV1 pada 9 Febuari 2020.
Sumber video: Channel YouTube Citizen JJ
Slot Assalam BizĀ Rancangan Assalamualaikum di TV Alhijrah
Samblado telah diberi peluang untuk bersiaran di slot Assalam Biz rancangan Assalamualaikum di TV1 Alhijrah pada 30 Jun 2020.